by INFO SCAMMER MALAYSIA
November 19th 2020.

 

E TRADE ADALAH SCAMMER PELABURAN‼️‼️‼️
KEMASKINI TERBAHARU INFO SCAMMER
------------------------------------------
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah mengeluarkan senarai terkini pelaburan tidak sah (rujuk link di bawah) yang melibatkan E TRADE INVESTMENT. (SCAMMER SKIM PELABURAN)Jika anda telah melakukan transaksi pindahan wang ke dalam mana-mana akaun berkaitan pelaburan di atas, mohon kerjasama untuk segera membuat laporan polis.

https://www.sc.com.my/resources/media-releases-and-announcements/investor-alert-list-as-at-13102020?fbclid=IwAR20346Bg0QHSn1LHvAS11xKANfxMCnbt97Pb6nOE6uoGDqxh-RHJkiLl5Q

Harap maklum dan ingat, pastikan semak dahulu sebelum melabur.
____________________________

NOTIS MAKLUMAN
-----------------------------

Kepada para pelabur dan warganet,

Kami telah menerima satu laporan berkaitan aktiviti penipuan promosi pelaburan tidak sah melalui platform WhatsApp menggunakan nama E TRADE INVESTMENT.

Scammer telah menyalahgunakan alamat Ibu Pejabat Kumpulan Pelaburan MARA yang beralamat di 1 Sentral, Kuala Lumpur serta melakukan penyamaran dengan menyatakan E TRADE INVESTMENT adalah anak syarikat di bawah Kumpulan Pelaburan MARA. 

Kami juga percaya gambar yang digunakan adalah milik individu lain dan disalahguna tanpa izin pemilik.

Untuk makluman, Kumpulan Pelaburan MARA termasuk PMB Investment Berhad 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐓𝐄𝐑𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓 secara langsung atau tidak langsung dengan syarikat tersebut di atas. 

Di bawah Kumpulan Pelaburan MARA, hanya PMB Investment Berhad syarikat yang menawarkan pelaburan dalam dana unit amanah patuh syariah serta dikawalselia sepenuhnya oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Bagi memastikan anda berurusan dengan wakil/konsultan kami yang sah, ikuti langkah-langkah berikut;

1. Anda berhak mendapatkan nama penuh, nombor IC, nombor keahlian FIMM dan nombor ID konsultan bersama PMB Investment. Untuk makluman, konsultan perlu berdaftar dengan FIMM sebelum dibenarkan membuat sebarang aktiviti jualan dan promosi berkaitan dana unit amanah.

Anda sendiri boleh melakukan semakan melalui laman sesawang FIMM di https://www.fimm.com.my/search/

2. JANGAN lakukan sebarang pindahan wang samaada secara fizikal ataupun melalui transaksi atas talian kepada individu atau akaun bank individu. Setiap transaksi perlu dibuat berserta borang-borang yang lengkap diisi dan HANYA melalui akaun di bawah nama syarikat PMB Investment Berhad.

3. JANGAN mudah percaya dengan konsep pelaburan yang meragukan. Sebagai contoh berdasarkan laporan yang kami baru terima, anda diajak untuk melabur RM100 dan keesokkannya, anda akan terima keuntungan sebanyak RM400. Tidak logik bukan?

4. Anda boleh sentiasa menghubungi kami melalui talian 03-2785 9900 untuk semakan/pengesahan segera atau mana-mana Pejabat Jualan kami yang berhampiran anda.

Lindungi diri anda dan sama-sama kita menentang penipuan atas talian!

#ETRADEinvestmentscam
#PMBInvestment #IFMC #PelaburanMARA #PublicAnnouncement #FightAgainstScammer #SmartInvestors #UnitTrustFunds #MARA #MajlisAmanahRakyat #KPLB #SC

INFO SCAMMER MALAYSIA

cintamupemilik@gmail.com
Search Website

Search

Subscribe

Newsletter

WhatsApp Google Map

Safety and Abuse Reporting

Thanks for being awesome!

We appreciate you contacting us. Our support will get back in touch with you soon!

Have a great day!

Are you sure you want to report abuse against this website?

Please note that your query will be processed only if we find it relevant. Rest all requests will be ignored. If you need help with the website, please login to your dashboard and connect to support