by INFO SCAMMER MALAYSIA
November 21st 2020.

 AKIBAT TERLAMPAU HUSNUDZON,AKHIRNYA DITIPU  SCAMMER‼️


Sikap pemberi sedekah,yang sentiasa Berprasangka Baik  Tanpa menyiasat latar belakang penerima sumbangan ketika bersedekah,boleh memberi kesan yang buruk kepada pihak yang betul2 memerlukan.

TREND MINTAK DERMA DI MEDIA SOCIAL,SALAH SIAPA?

Para Penderma boleh sahaja memberikan wang diminta serta meniatkan pahala sedekah serta bersangka baik kepada golongan ini tetapi ia sebenarnya akan menggalakkan mereka meneruskan aktiviti tidak bermoral itu.

Baru baru ini.pihak kami telah mendapat info bahawa, Pasangan suami isteri yang menggunakan  akaun fb" maya malayeka,muhammad arif" ( si suami) dan pemilik akaun" Eyla nabila,Bella ariff"( si isteri)merupakan SCAMMER MEMINTA SEDEKAH.

Modus operandi penipuan Mereka ialah menggunakan platform media social facebook dan group2  sedekah di facebook.

Mereka meraih simpati para penderma dengan menggunakan alasan anak kembar mereka memerlukan bantuan susu.baju dan barang keperluan baby.Akan tetapi penipuan mereka akhirnya terbongkar ,apabila orang ramai mendapati mereka menjual semula barangan sumbangan tersebut di mudah.my .di facebook dan di shopee.

Sehubungan dengan itu.maka ramai Admin dari group2 kebajikan telah bertindak menyiasat secara menyeluruh dan mengesahkan bahawa pasangan suami isteri tersebut telah menipu orang ramai selama ini.

Pihak kami juga mendapati pasangan suami isteri ini telah berpindah ke tempat lain.Lebih mengejutkan apabila owner rumah  tersebut memuat naik gambar suasana rumah yang disewakan kepada pasangan penipu ini dalan keadaan menjijikkan.Pasangan Penipu ini sangat Pengotor dan biadab,rumah seperti tempat pembuangan sampah‼️

(Pihak Info scammer malaysia )dengan kerjasama dari (Pihak Admin group Kebajikan Masyarakat) dan (Pihak Admin Group sedekah /ikhlas memberi dan menerima) ,menyeru orang ramai agar berhati hati ketika memberi sumbangan.Kami juga menyeru orang ramai agar menyiasat terlebih dahulu latar belakang pihak penerima sebelum memberikan sumbangan.Supaya Semua sumbangan yang anda dermakan sampai ditangan pihak yang benar benar memerlukan.

Pihak Admin Info Scammer Malaysia ingin memberi sedikit nasihat kepada Orang yang terlampau Husnudzon sehingga tidak dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.

Prasangka baik juga menyebabkan ramai scammer mengambil kesempatan.Sekiranya kita tidak menyiasat latar belakang penerima,hasil sumbangan yang kita berikan boleh jatuh ke tangan pihak yang salah.Hal ini menyebabkan golongan asnaf,anak yatim dan pihak yang betul2 memerlukan tidak mendapat sumbangan sehingga terus tercicir dan terpaksa berlapar.Ketika kita terlalu berprasangka baik kepada orang yang kita tidak kenal,kita haruslah bertindak lebih wajar dengan menyiasat latar belakang orang itu terlebih dahulu.

Cuba kita letak situasi kita di mahsyar kelak dan tiba tiba kita di tanya:
"Allah S.W.T berfirman Aku(Allah) telah memberi kamu rezeki yang melimpah ruah ketika berada di dunia dahulu.kenapa kamu tidak menggunakan rezeki yang Aku (Allah) berikan kepada kamu untuk  bersedekah kepada Asnaf.dan anak yatim? 

kita jawab:Ya Allah,kami telah bersedekah kepada Asnaf dan anak anak yatim.

Cuba bayangkan Allah S.W.T menjawab:Tidak.kamu tidak bersedekah kepada mereka(asnaf & anak yatim).Kamu bersedekah kepada orang yang tidak jujur.
Aku(Allah SWT) telah menegur kamu melalui lisan lisan orang sekeliling kamu.tetapi kamu mengabaikan nasihat yang mereka berikan sehingga Asnaf dan Anak yatim teraniaya dan terpaksa berlapar akibat perbuatan kamu.. 

Kepada pihak pemberi.bayangkan hal ini berlaku di Mahsyar kelak,pasti kita akan merasa kerugian yang sangat besar, kerana amalan sedekah kita selama didunia telah menjadi sia sia.malah kita telah menganiaya Asnaf dan Anak yatim serta pihak  yang betul betul memerlukan sumbangan kita.

Bermohonlah agar Allah melindungi kita dari segala akibat buruk dan Berdoalah agar Allah sentiasa menjauhkan kita dari penipu penipu seperti ini.. 

Wallahua'lam.sekian.
Admin M.r 47..

INFO SCAMMER MALAYSIA

cintamupemilik@gmail.com
Search Website

Search

Subscribe

Newsletter

WhatsApp Google Map

Safety and Abuse Reporting

Thanks for being awesome!

We appreciate you contacting us. Our support will get back in touch with you soon!

Have a great day!

Are you sure you want to report abuse against this website?

Please note that your query will be processed only if we find it relevant. Rest all requests will be ignored. If you need help with the website, please login to your dashboard and connect to support