by INFO SCAMMER MALAYSIA
November 21st 2020.

 


A͟K͟H͟I͟R͟N͟Y͟A͟ J͟A͟B͟A͟T͟A͟N͟ P͟E͟L͟I͟N͟D͟U͟N͟G͟A͟N͟ D͟A͟T͟A͟ P͟E͟R͟I͟B͟A͟D͟I͟ (J͟P͟D͟P͟) M͟E͟N͟J͟A͟L͟A͟N͟K͟A͟N͟ S͟I͟A͟S͟A͟T͟A͟N͟  K͟E͟ A͟T͟A͟S͟ A͟H͟L͟O͟N͟G͟ H͟A͟C͟K͟E͟R͟ D͟A͟T͟A͟B͟A͟S͟E͟ A͟T͟A͟U͟ D͟I͟K͟E͟N͟A͟L͟I͟ S͟E͟B͟A͟G͟A͟I͟ A͟H͟L͟O͟N͟G͟ S͟I͟B͟E͟R͟ 

6 S͟Y͟A͟R͟I͟K͟A͟T͟ A͟H͟L͟O͟N͟G͟ S͟I͟B͟E͟R͟ S͟E͟D͟A͟N͟G͟ D͟I͟S͟I͟A͟S͟A͟T͟.

Memetik sumber dari Berita Harian.
20 November 2020.
Putrajaya.

 Enam syarikat Pemberi Pinjam Wang (PPW) tidak berlesen sedang disiasat mengikut Seksyen 5, Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709), susulan aduan penyalahgunaan data peribadi.

Menurut kenyataan Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi, siasatan itu sedang dijalankan Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Media (SKMM).

"Enam PPW itu adalah Asialend, Dreamlend, iPayfren, iPinjaman, Helplend4u dan GoCash4u.

H͟U͟K͟U͟M͟A͟N͟ D͟E͟N͟D͟A͟ R͟M͟ 300,000 A͟T͟A͟U͟ P͟E͟N͟J͟A͟R͟A͟ D͟U͟A͟ T͟A͟H͟U͟N͟ M͟E͟N͟A͟N͟T͟I͟ M͟E͟R͟E͟K͟A͟

"Sekiranya disabitkan, entiti berkenaan boleh didenda sehingga RM300,000 atau dipenjarakan sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya menerusi kenyataan hari ini.

A͟H͟L͟O͟N͟G͟ S͟I͟B͟E͟R͟ G͟O͟D͟A͟M͟ M͟A͟K͟L͟U͟M͟A͟T͟ D͟A͟T͟A͟ P͟E͟R͟I͟B͟A͟D͟I͟ T͟A͟N͟P͟A͟ K͟E͟B͟E͟N͟A͟R͟A͟N͟ P͟E͟M͟I͟N͟J͟A͟M͟.

Menurut kenyataan itu, semua aplikasi dalam talian milik PPW terbabit didapati mengakses dan menyalin maklumat lain, termasuk data peribadi tidak berkaitan dengan urusan pinjaman tanpa kebenaran peminjam.

S͟I͟L͟A͟ H͟U͟B͟U͟N͟G͟I͟ J͟P͟D͟P͟ J͟I͟K͟A͟ A͟N͟D͟A͟ P͟E͟R͟N͟A͟H͟ M͟E͟N͟J͟A͟D͟I͟ M͟A͟N͟G͟S͟A͟ M͟E͟R͟E͟K͟A͟.

"Mana-mana peminjam yang data peribadinya disalahgunakan oleh aplikasi dalam talian PPW tidak berlesen diminta menghubungi Bahagian Penguatkuasaan JPDP melalui alamat e-mel penguatkuasaan@pdp.gov.my atau Sistem Perlindungan Data Peribadi

(daftar.pdp.gov.my) bagi membantu siasatan," katanya.

JPDP jelas kenyataan itu, memandang serius perkara itu dan menasihatkan semua rakyat lebih berhati-hati apabila membuat sebarang pinjaman secara dalam talian, khususnya ketika memberi persetujuan terhadap aplikasi yang dimuat turun bagi mengelakkan pihak tidak bertanggungjawab mempunyai akses tidak sepatutnya.

R͟U͟J͟U͟K͟ K͟P͟K͟T͟ S͟E͟B͟E͟L͟U͟M͟ M͟E͟M͟B͟U͟A͟T͟ P͟I͟N͟J͟A͟M͟A͟N͟.

"Semua peminjam juga dinasihatkan membuat semakan terlebih dahulu dengan Bahagian Kawalan Kredit Komuniti, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi mengetahui status pendaftaran PPW yang berkenaan," katanya.

B͟A͟N͟T͟E͟R͟A͟S͟ A͟H͟L͟O͟N͟G͟ S͟I͟B͟E͟R͟‼️‼️

sekian.
Admin M.r 47
INFO SCAMMER MALAYSIA

INFO SCAMMER MALAYSIA

cintamupemilik@gmail.com
Search Website

Search

Subscribe

Newsletter

WhatsApp Google Map

Safety and Abuse Reporting

Thanks for being awesome!

We appreciate you contacting us. Our support will get back in touch with you soon!

Have a great day!

Are you sure you want to report abuse against this website?

Please note that your query will be processed only if we find it relevant. Rest all requests will be ignored. If you need help with the website, please login to your dashboard and connect to support